baru2 nie kecoh pasal penguasaan ekuiti bumiputera. saya ingin bertanya kalau pun bumiputera dah mencapai penguasaan 45% ekuiti tersebut, adakah itu bermakna org Melayu boleh duduk diam bergoyang kaki? adakah itu bermakna kita cukup selesa dengan apa yang kita ada pada hari ini? soal berapa banyak pemilikan ekuiti bukan isunya, tapinya isu yang paling penting adalah sikap dan tanggungjawab org Melayu itu sendiri. kalau salah guna kedudukan untuk bina 'Istana Idaman', adakah itu indikator menunjukkan begitulah yang diangggap kejayaan orang Melayu? Baca 'Malaysian Business' yang terbaru, antara 488 org 'the highest paid' director dalam syarikat-syarikat di Malaysia, berapa ramaikah bumiputera dalam senarai kedudukan itu? kita selalu cakap pasal orang lain, tapi tak cakap pasal diri kita!